MISI PSS

v  Meningkatkan peranan PSS sebagai pusat penyebar maklumat dan pusat integrasi media.
v  Meningkatkan koleksi bahan bercetak dan bukan bercetak.
v  Menawarkan perkhidmatan yang bermutu bersesuaian dengan keperluan warga sekolah dalam pengajaran dan pembelajaran harian mereka.
v  Menggalakkan tabiat dan kemahiran mencari ilmu di kalangan guru dan pelajar melalui kemudahan maklumat yang disediakan.

MOTTO PSS

Pusat Sumber Sekolah Ke Arah
v  Kecemerlangan Budaya Ilmu

MATLAMAT PSS
      
v  Menambahkan penggunaan pelbagai jenis media yang berteknologi tinggi.
v  Memupuk dan menyemaikan sifat pencarian ilmu dan cintakan ilmu di kalangan guru dan pelajar.

OBJEKTIF PSS
      
v  Menawarkan khidmat nasihat dan bimbingan berkaitan literasi maklumat dan teknik penggunaan pelbagai media.
v  Memperolehi, mengumpul, menghasil dan mengedarkan bahan buku dan bahan bukan buku bagi meningkatkan penggunaan bahan-bahan ini dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar.
v  Menyebarkan maklumat terkini melalui promosi untuk pengetahuan guru dan pelajar.
v  Melatih pelajar menjalankan kerja rujukan dan kerja projek secara berdikari menerusi informasi yang disediakan di PSS.

FUNGSI DAN PERANAN

Fungsi PSS
v  Sebagai tempat mengumpul, menghasil, mengorganisasi dan menyebar atau menggunakan maklumat.
v  Mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan kokurikulum
v  Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kumpulan dalam proses pembelajaran
v  Merupakan tempat bahan pengajaran – pembelajaran yang dapat dipilih dan dinilai untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah
v  Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi maklumat lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan
v  Member panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum
v  Menyediakan peluang pelajar mengembangkan kemahiran pembelajaran kendiri
v  Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan semasa dan perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi
v  Menyediakan alatan reprografi dan rakamsalin serta member perkhidmatannya bagi memudahkan proses pembelajaran..

Peranan PSS
v  Sebagai satu sistem yang menyokong ke arah matlamat pendidikan negara. Ia perlu bergerak dengan pelbagai bahan dan aktiviti ke arah memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran.


PIAGAM PELANGGAN PSS
KAMI GURU-GURU DAN PARA PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN KATHOLIK MELAKA DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR AKAN MENGGEMBLENG  TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK:

ü  Memberikan perkhidmatan mesra dan terbaik kepada para pengguna Pusat Sumber.

ü  Membimbing para pengguna menggunakan segala kemudahan Pusat Sumber secara optimum serta berkesan.

ü  Memberi peluang yang sama rata kepada seluruh warga sekolah menikmati kemudahan yang tersedia di Pusat Sumber.

ü  Menyampai dan membimbing pengguna mengaplikasikan sebarang bentuk perkembangan teknologi pendidikan terkini.

ü  Meningkatkan ilmu, disiplin diri, dan sahsiah kami serta seluruh warga Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik Melaka.

ü  Mewujudkan hubungan baik di antara ahli keluarga Pusat Sumber sekolah ini dengan pihak-pihak lain seperti BTP, PSPN, PUSTAKAM, PERPUSTAM, PKG dan sebagainya melalui pelbagai program yang murni serta menyelesaikan sebarang masalah dalam bentuk kekeluargaan.

ü  Mengembangkan ilmu dan kemahiran ahli keluarga Pusat Sumber bagi memastikan perkhidmatan yang berdedikasi, komited, terlatih, berdisiplin, bertanggungjawab, efisien, efektif dan produktif.

ü  Menguruskan kerja dengan sistematik, cekap, pantas, bijaksana dan berkesan.

ü  Sentiasa mengadakan pelbagai aktiviti bagi merangsang kewujudan budaya ilmu dalam jiwa seluruh warga sekolah.

ü  Menyediakan perkhidmatan yang dapat membantu mempertingkatkan kualiti pencapaian akademik serta kokurikulum sekolah.

ü  Menyerlahkan maksud sebenar Pusat Sumber sebagai “Minda” sesebuah sekolah.

Kecemerlangan Budaya Ilmu




PERATURAN PERPUSTAKAAN SMJK KATHOLIK, MELAKA
1. WAKTU PERPUSTAKAAN
1.1 Isnin, Selasa & Khamis 7.40a.m. – 4.10p.m.
Rabu 7.40a.m. – 2.00p.m.
Jumaat 7.40a.m. – 2.50p.m.
Sabtu & Ahad & Cuti Umum Tutup
Cuti Mengikut ketetapan
1.2 Perpustakan akan ditutup jika tiada guru
1.3 Selain daripada masa yang ditetapkan di atas, penggunaan perpustakaan boleh dibuka hanya dengan kebenaran daripada Guru Perpustakaan dan Media Sekolah / Penyelaras PSS.
2. PAKAIAN
2.1 Pakaian pengguna perpustakaan mesti selaras dengan peraturan sekolah tentang pakaian pelajar.
2.2 Pengguna Perpustakaan harus meletakkan barangan kepunyaan mereka seperti beg-beg dan botol air di tempat yang disediakan dengan baik dan teratur.
2.3 Pihak Perpustakaan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan barangan pengguna di luar Perpustakaan.
3. KEAHLIAN
3.1 Keahlian Perpustakaan adalah secara automatik bagi semua pelajar di sekolah ini yang
mempunyai Kad ID.
3.2 Orang lain yang berhajat menggunakan perpustakaan mesti mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pengetua.
4. CARA PINJAMAN BUKU
4.1 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meminjam buku tanpa kad ID.
4.2 Buku tidak boleh dipinjam dengan menggunakan kad ID orang lain.
4.3 Buku yang hilang ataupun rosak semasa pemulangan mesti digantikan oleh peminjam dengan buku yang sama atau bayaran denda yang ditetapkan oleh guru perpustakaan.
4.4 Tindakan disiplin akan dikenakan kepada sesiapa yang merosakkan sebarang bahan
kepunyaan Perpustakaan serta keahlian akan dilucutkan oleh Guru Perpustakaan.
4.5 Bahan-bahan yang boleh dipinjam oleh pelajar-pelajar adalah seperti berikut:
a) Buku-buku rak terbuka (open shelf) - Sebuah buku boleh dipinjam selama 7 hari melalui
automasi dan mesti dipulangkan sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan. Hari
pinjaman adalah pada hari Isnin – Jumaat.
b) Buku-buku Redspot – Sebuah buku boleh dipinjam selama 7 hari atau seperti tarikh
yang ditetapkan dalam buku tersebut dengan merekod pada buku Rekog Peminjaman
Buku Redspo yang disediakan. Hari pinjaman ialah dari Hari Isnin – Jumaat.
4.6 Pinjaman dan pulangan buku voleh dibuat dari Isnin, Selasa & Khamis pada waktu Rehat 1, Rehat 2 dan waktu petang 2.05p.m. hingga 4.00p.m. Petang Rabu tutup kerana aktiviti
Kokurukulum. Jumaat pada 12.05p.m. hingga 2.30p.m.
4.7 Buku-buku yang dipulangkan lewat akan didenda:
a) Buku Fiksyen & Rujukan Am – 20 sen setiap hari lewat
b) Buku Rujukan Mata pelajaran & Rujukan latihan – 50 sen setiap hari lewat
c) Buku Red Spot – Harga buku itu setiap hari lewat
4.8 Sekiranya pelajar menghilangkan buku ataupun telah overdue 2 minggu, keahlian pelajar akan digantung selama 1 bulan dan tindakan disiplin akan dikenakan.
4.9 Bagi kes buku hilang, peminjam dikehendaki bayar kos buku tersebut / ganti buku yang sama.
5. PENGAWAS PUSAT SUMBER
5.1 Pengawas Pusat Sumber mesti dihormati setiap masa. Mereka telah ditugaskan oleh pihak
sekolah untuk mengekalkan disiplin di dalam perpustakaan.
5.2 Pengawas Pusat Sumber mempunyai kuasa penuh ke atas pengguna-pengguna perpustakaan
dan akan mengambil tindakan yang wajay sekiranya didapati mereka melanggar peraturan
perpustakaan.
5.3 Semua pengguna dinasihati supaya bekerjasama dengan pihak perpustakaan demi kebaikan sekolah.
6. PERATURAN UMUM
6.1 Semua beg, fail kotak dan barang-barang lain dilarang bawa masuk ke perpustakaan. Para
pelajar hanya dibenarkan membawa Buku teks dan buku rampaian ke dalam perpustakaan.
6.2 Para pelajar harus berpakaian seragam kemas bersama dengan Kad ID.
6.3 Para pelajar dilarang membawa pemain kaset / cakera padat ‘Walkman’ ke dalam perpustakaan.
6.4 Para pelajar dikehendaki membenarkan Pengawas Pusat Sumber memeriksa badan dan buku-buku yang dibawa keluar dari Perpustakaan semasa meninggalkan Perpustakaan.
6.5 Para pelajar dilarang memasangkan sebarang peralatan elektrik yang terdapat di dalam Perpustakaan kecuali Pengawas PSS.
6.6 Semua bahan bacaan mesti diletak pada rak beroda selepas digunakan. Pelajar dilarang
menyusun balik buku ke rak asal.
6.7 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan makan )termasuk gula-gula) dan minum dalam perpustakaan.
Kepingan kertas dan sampah mesti dibuang ke dalam bakul / tong sampah.
6.8 Suasana tenteram dan senyap dalam Perpustakaan harus sentias dikekalkan oleh para pelajar.
6.9 Bagi Program NILAM di perpustakan, pelajar-pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam perpustakaan kecuali diiringi oleh guru bahasa. Ketua kelas perlu memeriksa badan dan buku pelajar semasa keluar dari perpustakan jika tiada pengawas PSS dalam kelas itu.
6.10 Sesiapa yang ingin meminjam peralatan dari Perpsutakaan mesti mendapat kebenaran GPM dan membuat catatan dalam buku Log.
6.11 Bahan rujukan seperti kamus, ensaiklopedia, buku redspot(buku bintik merah) tidak boleh dibawa keluar.
6.12 Majalah boleh dipinjam keluar oleh guru dan staf mengikut jadual pinjaman PSS.
6.13 Suratkhabar lsemasa / ama tidak boleh diambil kecuali dengan kebenaran guru perpustakan.
6.14 Sekiranya guru meminjam soalan dari Bank Soalan,guru boleh fotostat di perpustakaan. Fail
soalan tidak boleh dibawa keluar .Letakkan fail semula pada rak Bank Soalan selepas guna.
Peraturan-peraturan Penggunaan Bilik Media / Tayang / Komputer
Disiplin
1. Pelajar diminta senyap apabila memasuki bilik media/tayang/komputer.
2. Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam bilik media/tayang/komputer.
3. Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis televisyen, video, radio atau peralatan
lain serta mengubah kedudukan peralatan ini tanpa kebenaran.
4. Pelajar dikehendaki menyusun semula kerusi meja sebelum meninggalkan bilik ini.
5. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik media/tayang/komputer semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
6. Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar bilik media/tayang/komputer di tempat
yang disediakan.
7. Pelajar dikehendaki menjaga kebersihan Bilik media/tayang/komputer.
Bahan-bahan bilik media/tayang/komputer
1. Sebarang perisian seperti cakera padat, kaset, pita video dan lain-lain tidak dibenarkan
ditayang tanpa kebenaran Guru PSS/ iringan guru subjek.
2. Segala perisian di dalam bilik media/tayang/komputer tidak boleh dikeluarkan dari bilik ini tanpa pengetahuan Guru PSS.
Pakaian
1. Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam bilik media/tayang/komputer.
2. Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan
dipakai atau dibawa masuk ke bilik media/tayang/komputerkecuali mendapat kebenaran pihak sekolah.
Peringatan:
Tindakan boleh diambil pada pelajar-pelajar yang melanggar peraturan bilik
media/tayang/komputer.
Peraturan Penggunaan PSS untuk Guru
1. Tempahan Bilik PSS
1.1 Para guru yang ingin menggunakan bilik-bilik ini boleh membuat tempahan di kaunter
perpustakaan.
1.2 Tempahan harus dilakukan oleh guru-guru sahaja.
1.3 Sebarang tempahan penggunaan bilik perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari
sebelum hari penggunaan kecuali kes kecemasan. Unit Bimbingan dan Kaunseling akan diberi keutamaan atas penggunaan bilik PSS.
2. Pengambilan kunci bilik PSS
2.1 Kunci boleh diambil dengan dari kaunter Perpustakaan dengan memaklumkan
GPM.
2.2 Guru tidak dibenarkan mengambil kunci tanpa pengetahuan GPM atau terus ambil dari
kaunter perpustakaan.
3. Penggunaan Bilik PSS (Perpustakaan/media/tayang/komputer)
3.1 Guru-guru perlu mengisi Buku Penggunaan bilik semasa menggunakan bilik Pusat
Sumber.
3.2 Guru-guru pengiring perlu mengawal disiplin pelajar di dalam bilik-bilik Pusat Sumber.
3.3 Semua peminjaman bahan dan buku perlu dibuat dengan pengawasan Pengawas
Pusat Sumber bertugas atau Guru PSS.
3.4 Guru perlu merancang aktiviti sebelum menggunakan bilik PSS.
3.5 Pelajar tidak dibenarkan berada di bilik PSS tanpa guru.
3.6 Pelajar tidak dibenarkan makan / minum dalam bilik PSS ini.
3.7 Sekiranya didapati sebarang kerosakan atau cadangan, sila membuat catatan pada
buku Log bilik.
3.8 Kelas yang didapati merosakkan peralatan atau mengotorkan akan didenda atau
membuat ganti rugi.
3.9 Pen marker ‘Permenant’ tidak boleh digunakan untuk menulis di papan putih. Pastikan pen yang digunakan ialah ‘white board marker’.
4. Penggunaan peralatan elektrik
4.1 Pelajar dibenarkan menggunakan peralatan elektrik dengan syarat ada guru bersama.
Hanya guru dibenarkan mengoperasikan peralatan elektrik.
4.2 Guru-guru perlu memastikan semua suis ditutup dengan elok dan bilik dikunci selepas
menggunakan bilik-bilik Pusat Sumber.
5. Peminjaman bahan-bahan / peralatan
5.1 Semua peminjaman peralatan atau bahan-bahan perlu dicatat dalam buku rekod
peminjaman alatan di kaunter Perpustakaan.
5.2 sebarang kerosakan atau kehilangan perlu dibuat ganti rugi atau ganti baru.
Untuk Perhatian para guru
1. Guru adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bahan-bahan dan peralatan di bilik
PSS semasa penggunaan.
2. Jika ada masalah berkaitan penggunaan peralatan elektrik, boleh merujuk kepada Guru
khidmat bilik Media/Tayang/Komputer atau GPM.
3. Sebelum anda meninggalkan bilik PSS, pastikan
a) bilik bersih
b) kerusi tersusun
c) lampu, kipas, penghawa dingin dan suis alat-alat elektrik dipadamkan.
4. Pastikan anda catatkan nama anda dan masa penggunaan dalam buku rekod penggunaan
setiap kali anda menggunakan bilik PSS>
5. Pastikan pintu dan gril bilik PSS(untuk BT/BK) dikunci sebelum anda meninggalkan bilik PSS.
6. Pulangkan kunci bilik PSS secepat mungkin untuk kegunaan pengguna lain.


















































































 PERATURAN PEMINJAMAN DAN PEMULANGAN BAHAN BACAAN PERPUSTAKAAN SEKOLAH MENENGAH KATHOLIK

PELAJAR
JENIS BUKU
BILANGAN
TEMPOH PINJAMAN
DENDA OVERDUE PER HARI (RM)
CATATAN
FIKSYEN
2
1 MINGGU
0.20
BOLEH DIPERBAHARUI 2 KALI
BUKAN FIKSYEN / RUJUKAN AM
2
1 MINGGU
0.20
BOLEH DIPERBAHARUI 2 KALI
RUJUKAN MATA PELAJARAN
3
1 MINGGU
0.50
BOLEH DIPERBAHARUI 2 KALI
RUJUKAN LATIHAN
2
1 MINGGU
0.20
BOLEH DIPERBAHARUI 2 KALI
CD/VCD/DVD/CDRI
2
1 MINGGU
0.50
BOLEH DIPERBAHARUI 2 KALI

PENGAWAS PSS
JENIS BUKU
BILANGAN
TEMPOH PINJAMAN
DENDA OVERDUE PER HARI (RM)
CATATAN
FIKSYEN
3
1 MINGGU
0.20
BOLEH DIPERBAHARUI 2 KALI
BUKAN FIKSYEN / RUJUKAN AM
3
1 MINGGU
0.20
BOLEH DIPERBAHARUI 2 KALI
RUJUKAN MATA PELAJARAN
4
1 MINGGU
0.50
BOLEH DIPERBAHARUI 2 KALI
RUJUKAN LATIHAN
3
1 MINGGU
0.50
BOLEH DIPERBAHARUI 2 KALI
CD/VCD/DVD/CDRI
3
1 MINGGU
0.50
BOLEH DIPERBAHARUI 2 KALI
MAJALAH
2
1 MINGGU
0.50
BOLEH DIPERBAHARUI 2 KALI

GURU DAN STAF
JENIS BUKU
BILANGAN
TEMPOH PINJAMAN
DENDA OVERDUE PER HARI (RM)
CATATAN
FIKSYEN
3
2 MINGGU
DIKECUALIKAN
BOLEH DIPERBAHARUI 2 KALI
BUKAN FIKSYEN / RUJUKAN AM
3
2 MINGGU
DIKECUALIKAN
BOLEH DIPERBAHARUI 2 KALI
RUJUKAN MATA PELAJARAN
4
2 MINGGU
DIKECUALIKAN
BOLEH DIPERBAHARUI 2 KALI
RUJUKAN LATIHAN
3
2 MINGGU
DIKECUALIKAN
BOLEH DIPERBAHARUI 2 KALI
CD/VCD/DVD/CDRI
3
2 MINGGU
DIKECUALIKAN
BOLEH DIPERBAHARUI 2 KALI
MAJALAH
2
2 MINGGU
DIKECUALIKAN
BOLEH DIPERBAHARUI 2 KALI



IKRAR PENGAWAS PUSAT SUMBER SMJK KATHOLIK MELAKA

BAHAWA KAMI
SELAKU PENGAWAS-PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH
BERIKRAR AKAN:

Ø MENUNAIKAN TUGAS KAMI DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB

Ø MENURUTI PERATURAN-PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Ø MENINGKATKAN PRESTASI PUSAT SUMBER SEKOLAH   

 AKTIVITI PENGAWAS PUSAT SUMBER


   ~ORIENTASI PPS



  



















~KURSUS BAKAL PENGAWAS PUSAT SUMBER 





















 ~UJIAN KURSUS BAKAL PENGAWAS PUSAT SUMBER
























  ~PERTANDINGAN PRAKTIKAL






















  ~KEM MOTIVASI DAN KECEMERLANGAN












  ~LAWATAN KE PERPUSTAKAAN NEGARA
  










  















  ~PAMERAN BUKU
          




  
  



   






   
    

  GAMBAR 5 BILIKBAWAH KAWALAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

  -PERPUSTAKAAN





  -BILIK MEDIA
  

  







-BILIK TAYANG






 -BILIK KOMPUTER



 -BILIK PA



  







            

pages

PSS

pusat sumber sekolah
Powered by Blogger.